Piawai pancaran Pemulihan_alam_sekitar

Piawai-piawai ditetapkan tentang aras habuk, bunyi, bau, pancaran ke dalam udara dan air tanah, serta luahan ke dalam pembetung dan laluan air untuk semua bahan kimia yang membimbangkan atau bahan kimia yang mungkin dihasilkan semasa pemulihan menerusi pemprosesan bahan kontaminasi. Kesemua ini dibandingkan dengan aras latar belakang semula jadi di kawasan itu serta juga piawai-piawai kawasan berhampiran dan piawai-pawai yang digunakan di kawasan pemulihan lain yang terkini. Aras berlebihan piawai sesuatu kawasan perumahan tidak dibenarkan walau jika sebahagian pancarannya berasal dari kawasan perindustrian. Pengawasan pematuhan adalah genting bagi memastikan bahawa aras berlebihan dikesani dan dilaporkan kepada kedua-dua pihak berkuasa dan komuniti tempatan dengan secepat mungkin. Penguatkuasaan juga diperlukan untuk memastikan bahawa sebarang pelanggaran yang berterusan atau pelanggaran yang bererti mendatangkan denda atau hukuman pemenjaraan kepada pencemar. Hukuman mesti cukup berat demi mengelakkan denda dianggap sebagai belanja biasa perniagaan, dengan pematuhan dijadikan lebih murah daripada pelanggaran berterusan.